Assalamualaikum,
Selamat Tahun Baru 2012. Rasanya masih belum terlewat mengucapkannya. Jika terasa terlewat maka kami ucapkan Selamat Tahun Baru Cina! Semoga kita semua memperolehi kejayaan pada tahun ini.
Sebentar tadi, pusing-pusing keliling rumah sedar-sedar di tangan ada bunga kantan, serai dan juga daun kaduk. Hmm… teringat ada udang baru dibeli tadi, maka teruskanlah niat untuk membuat kerabu. Lama benar rasanya tidak membuat kerabu. Jom ke dapur!
Bahan-bahan.
1.
Udang
2.
Bunga Kantan – diracik halus
3.
Serai – diracik halus
4.
Cili api – diracik halus
5.
Bawang merah – diracik halus
6.
Kacang tanah – ditumbuk kasar
7.
Daun kaduk
8.
Tepung jagung
9.
Minyak bawang putih
10.
Sos Ikan
11.
Gula
12.
Garam
13.
Perahan limau
Cara-cara penyediaannya.
1.
Gaulkan udang dengan tepung dan garam. Goreng
dan toskan.
2.
Bahan-bahan racik dan ditumbuk digaulkan dengan
minyak bawang putih, sos ikan, gula dan perahan limau mengikut citarasa
masing-masing.
3.
Gaulkan udang bersama kerabu.
Mudah bukan? Memang enak dimakan dengan daun kaduk begitu
sahaja. Letakkan kerabu di atas daun kaduk, gulung dan… selamat. Jangan lupa
baca Bismillah ye.