Bosan juga jika selalu makan sup dengan stail Melayu mahupun
Cina. Kali ini saya mencuba satu resepi yang sudah lama saya ingin cuba iaitu
sup tomato. Jom cuba.
![]() |
Kalau masuk Masterchef, dengan hiasan sebegini, sah-sah masuk pusingan penyingkiran. |
Bahan-bahan
4 biji tomato sederhana
besar, dibelah dengan potongan sederhana
2 ulas bawang putih,
dicincang
1 labu bawang besar,
dicincang
Sedikit daun basil
(kering atau segar)
Satu sudu minyak zaitun
Stok ayam
Garam dan lada hitam
Cara-cara membuatnya
1. Rebus tomato
sehingga masak dan toskan.
2. Tumis bawang putih,
bawang merah dan daun basil dengan minyak zaitun.
3. Kisar tomato dengan
bahan tumisan tadi.
4. Tumis semula selepas
dikisar.
5. Masukkan stok ayam
secukupnya.
6. Perisakan
7. Tapis sup tersebut,
siap untuk dihidangkan.
Mudah bukan? Cubalah
jika selama ini tomato terhad kepada masakan tertentu dalam koleksi resepi anda. Enak dimakan
bersama roti bakar bawang putih dengan mentega.
Bukannya susah memasak
pun.
Jumpa lagi,
Abahfateh
1 comment:
Nyummm, nyummmm
Post a Comment