Bila melihat anak-anak membesar depan mata, tersa sejuk hati ini. Ya lah setiap perkembangannya dapat dilihat depan mata. Si abang, Fateh, mula bertanya macam-macam soalan. Si adik pulak, Faiq, sedang belajar bertatih. Hilang rasa kepenatan mengasuh mereka seharian bila melihat perkembangan positif mereka.
Tak apa lah, tinggalkan kerjaya saya, walaupun agak terlewat , disini saya nak ucapkan ” Selamat Ulang Tanun Yang Ke-3 Fateh, Semoga Fateh menjadi anak yang soleh”. Hari lahirnya sebenarnya 24 Julai. Tapi oleh kerana kesibukan dan kepenatan, tak dapatlah saya ’update’ blog ini.
Pagi itu, Fateh minta dibuatkan kek untuknya ” ibu, epi bedaykan la Fateh, ibu buat la kek. Nanti Fateh tiup-tiup la”. Tak apa lah, anaknda punya pasal, ibu buat la ya sayang. Oleh kerana Fateh sukakan kenderaan terbang-terbang, kami bercadang letakkan mainan kapal terbang atas keknya. Seperti yang dijangka, Fateh sungguh teruja. Lebih mengujakan lagi, abahnya menghadiahkan ‘komputer’ untuknya.
Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma.
6 comments:
k.azlina mmg superwoman. hehe. sgt kagum :)
wah... fateh pun dah ada laptop nmpk nye ;)
seronok tgk anak2 membesar depan mata walau penat tp nilainya x terkira...
heheehhe... jgn ler puji lelebih, malu le. buat mana yang termampu je.
paman pun ada laptop masa kat unibersiti. itupun dapat murah, cik arni tolong belikan di US. hihi...
kak, kalau boleh ditajamkan skill buat kek tu, boleh je sy tolong nanti marketkan. ramai orang nak decorated kek ni. sebab kedai-kedai kek tak dapat utk fulfill demand ni.
selain faktor kedai kek melayu tak cukup banyak - isu halal.
paman
http://pakdi.my
setakat sikit2 tu bleh la, yang basic jer la. kalau nak wat comersial tu, kene 'mengaji' dulu la kut.....
happy Belated Birthday fateh ..
Sedapnya nampak kek tu ..
Wak Ned
Post a Comment