Wednesday, February 18, 2009

Nasi Goreng Berkismis





Bahan-bahannya :
• 3 cawan nasi ( nasi yang tak habis makan, boleh la gunakan untuk buat nasi goreng )
• 100 gm isi udang basah
• 50 gm kismis
• 3 ulas bawang merah – racik halus
• 2 ulas bawang putih – racik halus
• ½ cm halia
• 1 biji tomato didadu kecil
• 2 sudu makan minyak sapi/ mentega
• Kicap lemak manis - secukupnya
• Garam secukup rasa
• Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-caranya :
• Panaskan kuali, masukkan mentega atau minyak sapi, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis hingga naik bau. Tak perlu hingga kering kerana kemungkinan mentega akan hangus.
• Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi. Kacau hingga tomato tadi sebati dengan bawang.
• Masukkan isi udang, goreng lagi hingga udang separuh masak. Jangan masak udang terlalu lama, nanti ‘over cook’ menghilangkan rasa ‘manis’ udang tadi.
• Perasakan, kiranya kurang manis, tambah garam dan seumpamanya.
• Masukkan nasi, gaul hingga sebati.
• Masukkan kicap, tak perlu terlalu banyak, sekadar manambah perisa nasi goreng kita.
• Akhir sekali, masukkan kismis. Gaul lagi hingga kismis sebati dengan nasi, uji rasa. Sekiranya anda berpuas hati, hidangkan.
• Taburkan daun bawang dan daun sup sebagai hiasan dan menambah harum nasi kita tadi.

Nota :
Untuk menambah lagi perisa, anda boleh meletakkan sedikit lada sulah. Oleh kerana nasi ini bertujuan untuk dihidangkan kepada Muhammad Fateh dan Muhammad Faiq, sebarang perisa yang berunsur pedas tidak dicampurkan.

5 comments:

KEOWN said...

yang nie aku nak try hehhehe

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

bagus2 byk2 update..nnt aku try
suka yg simple tp menarik dan sudah tentu yg sedap

Anonymous said...

kehun...
try ler, tak susah pun. kesian 'tukang makan', asik nasi putih ajer, sesekali tukar menu suka depa makan.

n..
heheh.. idea nak update tu memang banyak, cuma, kekangan dari askar2 nie. dok berebut ngan depa. sesekali dapat tu, update la.

KEOWN said...

kekekkekek....

aku jiran sebelah suka masak dan mesti sampai ke umah aku..
maybe nak try yang ini untuk balas balik

Anonymous said...

Wah ! nasi goreng berkismis ! sedap ? kalau letak kismis tak masam ke ? hem...menarik ni . Rasa lapar pulak tiba2 ... he..he..