Sunday, April 12, 2009

Tumis-tumis Abahfateh : Cendol dekat Tokong di Kajang.



Bandar Kajang memang sudah tersohor dengan kenakan Sate Kajang sejak dahulu lagi. Namun entry kali ini saya bukanlah ingin bercerita mengenai sate tetapi cendol.


Ketika Bandar Kajang belum dilanda pembangunan seperti hari ini, ada sebuah bazar yang menjadi tarikan orang ramai terutamanya anak-anak muda. Macam-macam ada di sana, daripada gerai-gerai yang menjual keperluan harian sehinggalah kepada gerai makanan. Antaranya cendol dan saya harus akuinya bahawa itu adalah antara cendol yang sedap. Namun selepas bazaar itu dirobohkan untuk sebuah kompleks beli belah maka sudah tidak ada cendol yang sedap lagi.


Walaubagaimanapun, muncul sebuah gerai cendol yang terletak di Jalan Tengah berhampiran dengan sebuah tokong Cina. Cara hendak mencarinya cukup mudah, jika anda dari Pusat Bandar Kajang dan menghala ke Kuala Lumpur melalui Jalan Tengah maka gerai ini anda akan mudah mengesannya kerana terletak di hujung blok bangunan kedai.


Macam-macam aneka cendol ditawarkan seperti cendol pulut dan cendol kacang hitam. Harganya agak berpatutan dan rasanya boleh tahan juga. Tidak mengecewakan rasanya yang menawarkan rasa lemak manis yang kekal di mulut anda. Selain cendol, ada juga disediakan mee rebus juga mee rojak namun saya tidak syorkan anda mencubanya.


Jadi sebelum anda bersedia untuk menjamu selera dengan Sate Kajang, apa kata anda membuka selera anda dengan cendol ini. Tetapi gerai ini ditutup pada waktu malam ya!


5 comments:

suhaida said...

Dulu mcm bes cendol kt sini. tp baru2 ni pergi, cm tak bes lak. sbb dia letak jelly dlm cendol. tapi, tatau la sbb air liur tgh tak betul skrg ni yg mempengaruhi deria rasa saya ;)

azlina said...

heheh, tu la. time cengini deria rasa tak leh jadi 'rujukan' sebab benda sedap jadi sedap, dan sebaliknya, banyak-banyak la sabar yer ;P

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

wah as..jln2 cari makan lak ye...lg2 la tgh sarat ni yek..rasa nak makan je sure suami akan pergi mencari...

azlina said...

hahhaa..apa la ko nie n. kekadang je kene layan ;P. cendul nie sebenonyer faveret anak aku yang no dua tu. pantang dapat cendul, dihadapnya sampai habis... bapaknyer rajin belikan...

KEOWN said...

nanti aku datang
hehehhe