Wednesday, May 6, 2009

KTM …

Sejak akhir-akhir ini, tidak dapat saya untuk mengemaskini blog ini kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Bermula dari kisah anak-anak ( kedua-dua sekali) demam teruk dan diikuti jangkitan KTM (penyakit Kaki Tangan dan Mulut, bukan Keretapi Tanah Melayu ya ). Alhamdulilah, hari ini anak anak saya telah disahkan doctor bebas dari penyakit tersebut, bermakna mereka tidak lagi dikuarantin dan bebas untuk kemana-mana.

Bila dah sibuk menjaga anak-anak yang sakit, memasak pun tak sempat, sarapan sekadar roti dengan kaya dan makan tengahari cukup la dengan nasik dengan sayur bening. InsyaAllah kami akan kembali tidak lama lagi. Walaupun agak terlewat, disini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada sesiapa sahaja.

5 comments:

KEOWN said...

macam mana keadaan anak anda.. dah pulih 100% ke.? macam mana boleh kena?

apa tanda-tandanya?

azlina said...

alhamdulilah, setakat nie dah ok dah. tanda2 awal, demam kuat diikuti bintik2 merah di tapak tangan dan tapak kaki, termasuk mulut. budak tak mau makan, minum dan minum susu....

kalau dirawat dengan segera memudaratkan kanak2 tersebut

KEOWN said...

aiks.. kalau rawat segera aka emmudaratkan budak ke? so bila leh rawat?

anak aku tyang ekcik tue.. ruam abis satu badan.. naik2 bintik2 kat tangan bdan dll.. risau gak aku.. bawak ke KPJ.. Dr Asmunni kata cam ruam aje... bagi ubah dah ok.. cuma kekadang panas kekadangs ejuk.. aktif boleh tahan... banyak minum air masak dari pada susu..

azlina said...

tak tau la nak jawab cemana, tapi yang pasti, dr bagi ubat, bagi la kat budak tu sampai nampak berkurangan kesannya...

bila budak tu dah boleh makan dan minum macam biasa, kira dah ok la tu. untuk kepastian, g jumpa dr balik...

musim panas2 macam nie, budak2 mudah la dapat ruam. pakaikan la baju yang nipis2 aja la atau ko cuba la bagi minyak kelapa dara. jangan bagi la bedak nanti susah nak bersihkan ruam tu

kunangkunang said...

la, bila plak budak2 tu dapat KTM ? Tak tau pun ..Semoga selamat bersalin ..