Tuesday, April 21, 2009

Ikan Terubuk Masin Sawawak





Kadang kala, terasa bosan bila makan menu lauk yang sama, sesekali teringin gak menjamah ikan masin . Apa kata anda cuba resepi ini. Tidak la terlalu susah, cuma, menggunakan pendekatan yang agak berbeza.

Biasanya ikan masin kita goreng dengan minyak yang banyak ( kata org putih tu deep fry ). Apa kata, kali ini, anda goreng ikan masin, terutama ikan yang ada isi banyak menggunakan minyak agak sedikit (kira-kira ikan separuh tenggelam )
Dalam masa anda menggoreng, taburkan sedikit gula dan serbuka lada sulah pada permukaan ikan yang terdedah tadi. Agak-agak kering, terbalikkan dan tabur pada bahagian sebelah lagi. Sekiranya ikan tersebut berkulit di bahagian sebelah lagi, ( macam terubuk masin nie, tak perlulah tabur gula dengan lada sulah tu ). Agak-agak kering, angkat.

Gunakan api yang sederhana kecil sahaja kerana kita menggunakan gula. Kalau api besar, hangus pulak gula tu nanti. Jangan tabur terlalu banyak, sekadarnya sahaja. Tentu anda berpuashati kerana memberikan rasa yang agak berbeza.

Tidak semestinya ikan terubuk sarawak sahaja. anda boleh cuba menggunakan ikan masin yang lain, selagi ikan tersebut mempunyai isi yang agak banyak macam pekasam tenggiri dan yang seumpamanya.

Selamat mencuba…

10 comments:

KEOWN said...

bulan lepas aku ke Sarawak... beli ikan 10 ekor yang fresh.. bila balik tak reti nak masak.. last2 aku kasi jiran aje.. hahahhaha

kalau ko kasi tahu awal leh aku cuba masak

azlina said...

ler mana la aku tau yang ko tak tau nak buat apa ngan ikan tu. setakat yang aku tau, potong agak nipis2 pastu goreng la. sedap ooo.

awat ko tak bagi tau ko g sarawak, bleh la aku kirim tikar sawarak :D

KEOWN said...

hehehhehe.. aku ke sana nak beli tikar sarawak pu [pikir banyak kali.. heheh sebab nak pikirkan macam mana nak bawakkan.. hehhe

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

wah as...
terliur pepagi ni tgk ikan terubuk tu

as nak tikar s'wak cari je kat sini...walau mahal skt tp x de susah2 nak angkut bwk balik

azlina said...

ler, apa nak susah2 angkut, diaorg ada perkhidmatan pos laju la. kita beli, bayar dengan harga pos, dah tu kita tunggu je kat umah. Nanti abang posmen antar ler kat umah kita ;)

ALIA said...

ni ikan masin yg ibu bagi ke ?

azlina said...

ye la alia :D

Abd Rahman Md Desa said...

Saya gemar makan terubok masin, tapi kat KL susah nak dapat...camne??? ye??

Anonymous said...

Sye ade oder ikan terubok masin ni online...baru-..baru...ni...dari Kuching...RM3.00 seekor dan besar pulak ikan tu....
Kalau nak order ni blognya..

http://ikanterubokmasinsarawak.blogspot.com

Headhunter said...

kalau teringin nak makan Ikan Terubok Masin Sarawak yang fresh, tempah je melalui online..Cepat sampai dan senang. klik di blog ni Ikan Terubok Masin Sarawak yang fresh