Tuesday, April 7, 2009

Sambal Tutuk/Deplok


Saya tidak tahu apa ‘orang melayu’ panggil sambal ini, tapi yang pasti, masyarakat jawa memangilnya ‘sambal tutuk atau sambal deplok’. Apa pun istilahnya, selamat mencuba resepi yang tidak seberapa nie ;)


Bahan-bahannya,
• 50 gm Ikan bilis ( lebih kurang segengam ) digoreng
• 15 biji cili kecil/ padi ( atau ikut kepedasan yang anda inginkan )
• 1 biji bawang merah
• 1 sudu kecil gula pasir


Cara-caranya :
• Goreng ikan bilis hingga garing atau ikut kegaringan yang anda suka
• Potong-potong cili dan gorengkan sehingga layu sahaja, tidak perlu hingga kering bersama bawang merah
• Masukkan ke dalam lesung ikan bilis, cili, bawang merah dan gula tadi. Tumbuk mengikut kelembutan yang anda suka.
• Sedia untuk dinikmati


Nota :
• Anda boleh menggunakan cili merah ( besar ) sekiranya anda tidak berapa sukakan pedas.
• Untuk mengurangkan pedas, anda boleh mendambah gula.
• Tambahkan garam sekiranya anda merasakan ianya kurang masin.

6 comments:

KEOWN said...

nie sambal org jawa ke?
trak pernah plak aku dengar..
dah lah lapar nie.. ada mau aku makan sambal nie

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

walau aku separuh jawa (hehehee) tp x penah makanla...tp dr bahan2nya dpt dirasakan mmg enak...mmg pembuka seleralah as..

KEOWN said...

ooo ingat ko dah buat.... hehehhe

>>>>>>> N <<<<<<<<<< said...

hahaha...lom aaa...
tp dulu time study member aku ajar wat sambal ngan kulit limau...sedap..

azlina said...

senang jer kheun, ko bleh buat sendiri apa...

n... cuba la buat. senang jer, kalau nak sambal tapi tak berapa nak rajin nak buat, buat la sambal nie. Lain kali ko aja la plak buat sambal dari kulit limau tu, aku nak gak belajo.

kunangkunang said...

Pas ni , tolong tulis resepi ikan sembilang bakar dan sambal apa ke nama ari tu .. yg alia tolong masak .. He .. He ..Tq