Bahan-bahanya :
• 1 biji cili merah ( hidup )
• 2 sudu sos tomato
• 5 sudu sos cili
• 2 sudu gula putih ( kalau ada gula merah lagi bagus )
• 1 ulas bawang putih
• Garam, secukup rasa
Cara-caranya :
• Masukkan semua bahan dalam mesen pengisar, kisar hingga sebati.
• Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedasnya.
• Tuang dalam mangkuh hidangan
• Hidang.
Nota :
• Sos ini tidak perlu dimasak.
• Saiz hidangan untuk sos ini untuk seorang dua aje, kalau perlu makan ramai orang, besarkan lah saiznya ye ;)
• Kalau anda sukakan pedas, tambahkan la cili api. Sos ini tidak terlalu pedas kerana ‘tukang makan’ alah cili.
• Seimbangkan rasa, sos mesti ada rasa pedas, masin, manis dan juga masam. Selamat mencuba ;)
Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma
4 comments:
sos cucur udang cik Azlina mesti sedap kan.Cik Azlina masak semua sedap .Alia sekarang reti hantar komen .Abah ajar.:p
Selamat Tahun Baru!
Terima kasih la ya alia... tak la sesedap mana kata org tu boleh la untuk makan sendiri...
selamat tahun baru juga dan...
selamat kembali ke sekolah ;)
salam azlina...
maaf menyelit.
jom g blog kami,macam2 ada!!
ada dapo nano utk memasak..cucur udang ibu mertuaku misalnya...
:) okei, no hal punyer
Post a Comment