Saturday, February 14, 2009

Pan Cake Pisang Berkismis



Bahan-bahannya :


1 biji telur ( Gred B

2 sudu besar mentega

3 sudu besar gula

1 biji pisang barangan

½ sudu teh esen vanilla

1 cawan tepung naik sendiri

150 ml susu segar

¼ sudu teh baking soda

50 gm kismis ( angaran dalam segangam )



Cara-caranya :

· Pukul gula dan mentega hingga agak kembang.

· Masukkan telur. Pukul hingga sebati.

· Masukkan pisang dan pukul lagi

· Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.

· Kemudian, masukkan susu dan esen vanila untuk mencairkan dan mewangikan adunan. Kacau hingga sebati

· Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau hingga rata.

· Panaskan kuali ( seelok-eloknya guna non-stick pan). Letakkan sedikit minyak agar adunan tidak melekit pada kuali.

· Letakkan adunan dalam kuali panas mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki. Mahukan saiz yang kecil,gunakan sudu kecil untuk menyukat adunan.

· Terbalik-terbalikkan adunan agar masak kedua-dua belah adunan.

· Angkat bila dah masak




Nota :

· Oleh kerana menggunakan pisang, adunan menjadi agak berat sebab itu serbuk penaik tambahan diperlukan.

· Oleh kerana menggunakan pisang juga, masa membakar adunan perlu menggunakan minyak kerana tanpa minyak, adunan akan melekit pada kuali pembakar.

· Jika anda mahu menggunakan kuali biasa pun boleh juga.

· Membakar jangan menggunakan api yang besar kerana adunan mudah hangus. Gunakan api sederhana kecil sahaja.

· Boleh dinikamati dengan madu.

· Kismis boleh ditambah atau tidak. Oleh kerana Muhammad Fateh sukakan kismis, atas permintaannya, kismis pun diletakkan.



5 comments:

Anonymous said...

Wah,mesti sedap hingga menjilat jari!belajar dekat SIFU ke?sedap tak?nak rasa gak.he he..he..he

Alia tunggu !

Anonymous said...

boleh... tapi kena makan panas2 alia, baru sedap. akan difikirkan utk hidangan minum petang ;)

Anonymous said...

alia pun kena lah tolong buat

suami azlina

KEOWN said...

bila lah nak merasa makanan ini?

Anonymous said...

erk... ko try cuba test ler buat sendiri kheon... mesti best ;)