Minggu lalu saya sekeluarga berkesempatan pergi ke Pulau Pangkor kerana saya mengikuti satu program di
Saya tidak berani mengatakan itulah cendol paling sedap di Lumut, tapi rasanya memang sedap. Jika tidak masakan isteri saya beli lagi sebungkus sebagai bekalan sepanjang perjalanan pulang. Adik saya dan isterinya juga mengakui hal tersebut. Rasanya yang seimbang di antara gula merah dan kelemakan santannya sudah cukup untuk membuatkan kita teringat-ingat akannya. Cendolnya juga saya kira dibuat sendiri, teksturnya lembut, licin dan miudah dimakan membuatkan ia adalah pencuci mulut ataupun pembasah tekak yang baik sekali. Harganya juga berpatutan, cendol pulut yang saya makan berharga RM2.50 manakala cendol biasa ialah RM2.00. Mangkuk besar ya pembaca sekalian! Gerai cendol ini terletak berhampiran simpang masuk ke tempat meletak kereta bertingkat Majlis Perbandaran Manjung dan bersebelahan dengan gerai makanan masakan Melayu.
Sesekali ke Lumut tidak lengkap rasanya jika tidak membeli sedikit produk-produk hasil daripada makanan laut seperti satay ikan, keropok ikan dan sebagainya. Harganya juga berpatutan pada saya. Ketika barang-barang yang dibeli itu sedang dikira jumlahnya saya congak-congak kasar akan berjumlah lebih RM90 rupa-rupanya hanyalah RM60 lebih sedikit. Kalau tahu ambil banyak lagi bukan? Namun untuk membeli ikan bilis contohnya isteri saya memberitahu saya harganya dan kualitinya lebih kurang sama dengan di
Ketika pulang, mata saya menangkap penjaja mee goreng yang masih menggunakan arang untuk memasak yang bagi saya jarang sekali dapat kita jumpa. Namun kami tidak berhenti kerana mengejar waktu. Hasrat hati untuk makan mee udang dengan jumlah udang yang banyak seperti yang diwar-warkan oleh adik saya juga tidak kesampaian. Sesampainya kami di Bagan Nakhoda Omar, Sungai Besar sudah lewat petang dan mee yang dimimpikan sudah habis. Nampaknya kami kena mencuba di waktu yang lain.
7 comments:
alaa... lambat tahu lah akutapi amsa aku pergi bulan lepas tak jumpa plak mamak cendol nie...
mamak cendol tu cuti kut ari tue hehhe... tak pe aa ko bleh g lain kali. ko bleh tukar ngan makan cendol mamak kat bawah pokok kat batu 9 ulu langat..
ooo situ ke... oklah.. nanti aku cuna try.. bandar baru bangi puhj banyak mamak cendol bawah pokok.. cuma bini aku tak minat mamak nie. so aku selalu makan ngan anak2 aje..
wah ada cendol yg sedap ke kat lumut...aku x penah try la...skrg dah x balik perak coz nenek dah dok ngan anak2.
pandai tol korang cari tmpt makan yg sedap ye..ok info2 kat sini senang2 aku try lg
makan jangan tak makan hehehhe
ko nie n... kene la balik kampung halaman. kang jadi 'kacang lupakan kulit' hehhe .... tak der aaa. g la. aku tengok cantik gak la tempat ko tue....
hehe bukannya kacang lupa kulit..masalahnya sejak atok aku meninggal nenek aku dah ikut anak2 kejap gi penang, kejap ke johor umah mak aku kejap selangor dll...tp rindu gak kad. tu kat perak
Post a Comment