Thursday, March 5, 2009

Sup Tulang Lembu





Bahan-bahannya :
• ½ kilo tulang lembu ( rusuk )
• 1 biji ubi kentang
• 1 ulas bawang putih ( dititik )
• 2 cm halia ( dititk )
• 3 ulas bawang merah ( diracik )
• 1 kuntum kecil bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• biji cengkih
• cm kayu manis
• 1 sudu kecil serbuk rempah kurma
• Daun bawang dan daun sup ( diracik sebagai hiasan )
• Lada sulah dan garam, secukup rasa
• Sedikit minyak untuk menggoreng
• Air secukupnya.

Cara-caranya :
• Rebus tulang bersama bawang putih dan halia yang dititik. Gunakan air secukupnya. Untuk memudahkannya, rebus menggunakan ‘rice cooker’. Isi air lebih kurang ¾.
• Agak-agak air mendidih, masukkan serbuk kurma.
• Masak hingga daging empuk. Agak2
• Agak-agak daging sudah empuk atau air telah kurang lebih dari separuh, masukkan ubi kentang.
• Panaskan minyak dalam kuali yang lain, gorengkan bawang merah yang diracik bersama pelaga, bunga lawang, cengkih dan kayu manis, goreng hingga bawang agak kekuningan.
• Setelah itu, masukkan bawang goreng bersama rempah empat sekawan tadi dalam sup kita tadi.
• Agak-agak kentang sudah lembut, perasakan dengan lada sulah dan garam.
• Hidangkan.
• Taburkan dengan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Anda juga boleh menambah bawang goreng sebagai hiasan tambahan.
• Sedia untuk dinikmati.
• Selamat mencuba…



Nota :
• Anda juga boleh manambahkan lobak dalam sup ini.
• Untuk menambahkan rasa rempah, anda boleh manambahkan dengan jintan dan keumbar samada serbuk atau ditumbuk halus.
• Sekiranya anda sukakan sup yang agak masam, anda boleh tambahkan sedikit limau.

7 comments:

KEOWN said...

masuk aje blog ie terus lapor... waaaaaaaaa

azlina4 said...

hHhhhahha.... tak dapek den nak nolong ;P

KEOWN said...

lapor lah.. nak balik lah....

Alia & Najwa said...

sup tulang lembu dengan sup tulang biasa lain ke? yg biasa kita makan daging apa? tak kisahlah janji sedap !

Alia : sedapkan Najwa ?

Najwa : betul .. betul .. betul ..
( upin & ipin )

azlina said...

kheon...
ko punyer faverote sup tulang ek?... patut pun tengok gambar jer dah lapo. tu gambar tak cun tu, nak ambik yang cun2 aku tak reti. ambik gambar gitu2 je aku tau le :D

Alia n Najwa...
Sup tulang biasa tu merujuk kepada sup tulang yang alia biasa makan. kalau alia biasa makan sup tulang kambing, maka sup tulang biasa bagi alia adalah sup tulang kambing, dan begitulah seterusnya. tapi acik biasa masak sup tulang lembu. Terima kasih hhhehe , sedap ek.

KEOWN said...

aku makan sup tulang bila puasa ataubalik kg..
kat KL tak buatpun sebab aku aje makan...

aku suka sup tulang.. tue sebab badan aku banyak tulang aje..

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇