
Bahan-bahannya :
· 100 gm ikan kurau masin
· ½ biji nanas ( saiz kecil )
· 4 ulas bawang merah
· 2 ulas bawang putih
· 2 cm kunyit hidup
· 150 ml santan pekat ( dari ½ biji kelapa )
· 150 ml santan cair
· Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya :
· Rebus nanas yang telah dipotong-potong dengan menggunakan santan cair hingga nanas menggeluarkan jus.
· Masukkan ikan kurau masin dan kacau seketika. Biarkan seketika sehingga ikan nampak lembut sedikit.
· Masukkan bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk. Biarkan seketika hingga sebati.
· Setelah itu, masukkan santan pekat dan kecilkan api.
· Seimbangkan rasa antara masin, manis dan masamnya. Oleh kerana ikan kering ni dah masin, sepatutnya tak perlulah tambah lagi garam. Cuma tambah sedikit gula agar naik rasa lemaknya. Sentiasa kacau santan agar tidak berketul jadinya ( pecah santan la tu namanya )
Pesanan :
Lebih enak kalau ditambahkan dengan cili padi. Menu ni nak dimakan bersama anak-anak, maka tiada la ciliapi. Sekiranya anda mahu menambah ciliapi, rebus cili api yang telah ditumbuk dengan nanas tadi bagi memastikan cili masak. Kemudian, proses sama sepertimana yang dinyatakan di atas.
Cabaran untuk memasak lemak adalah memastikan santan tidak pecah. Oleh itu, lepas masukkan santan pekat, ( bagi yang kurang mahir ) kecilkan la api sekecil yang boleh. Kemudaian reneh la dengan api yang kecil sambil menegacau santan tersebut hingga agak-agak sudah masak.
Asam jawa/asam keping tak perlu letak kerana jus nanas sudah cukup masam. Kalau nanas terlebih rebus pun akan mengeluarkan jus yang masam amat. Jadi, rebus nanas agak-agak ia telah bertukar warna menjadi agak jernih, kemudian baru teruskan proses memasak.
Menurut Almarhumah ibu mertua saya, masak lemak ni lebih sediap kalau kita gunakan periuk tanah, rasanya lebih manis, asli dan menyihatkan. Memandangkan saya tidak mempunyainya, maka gunakan periuk yang ada sahaja.
Masak lemak ni tak leh la lawan masak lomak cili api Nogori Sembilan ... hehhe ni cuma masak yang ringkas aje... ;)
Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma