Friday, August 15, 2008

Donat Dingin Beku


Macam pelik rasanya kalau menggunakan perkataan 'dingin beku' kerana biasanya kita menggunakan perkataan 'frozen'. Hakikatnya, kedua-duanya mempunyai makna yang sama.

Dewasa ini, banyak kita dapati produk dingin beku dipasaran. Namun, tahukan anda, sebenarnya kita mampu untuk membuatnya sediri. Uli adunan seperti biasa, tapi buatlah dalam kuantiti yang lebih dari apa yang anda perlukan. Selebihnya, jadikan ia dingin beku.

Terdapat dua cara untuk kita buat.

Pertama :

setelah donat kembang dan sedia untuk digoreng, goreng seperti biasa tetapi dalam kadar masa yang dua hingga lima saat. Tujuannya adalah untuk mematikan yis. Setelah itu, letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk bahagian dingin beku. Apabila anda ingin mengorengnya, hanya keluarkan dan biarkan sehingga suhu bilik dan goreng.

Kedua :

Canaikan donat seperti biasa dan susun dalam dulang pada keadaan seperti kita mahu mengembangkannya ( susun satu-satu dan jarakkannya ). Kemudian, masukkan terus ke dalam peti ais bahagian dingin beku. Setelah beku, susun dalam bekas yang lebih mudah untuk kita menyimpannya, dan simpan. Apabila anda mahu menggorengnya, anda perlu susunya seperti mahu menggembangkannya. Anda perlu beri masa untuk donat itu mengembang seperti biasa. Apabila sudah kembang, boleh goreng. Menggunakan kaedah ini, donat seperti baru kita uli.

Jadi, tidak perlulah anda menguli donat selalu apabila anda mahu makan. Jadi, mana yang berkesempatan bolehlah mencuba....


Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma



1 comment:

Zhia Aala said...

Jazakallah khairan katsira kerana tip yang sangat berguna ini. Saya selalu berhadapan dengan donat yang berlebihan, sbb ahli keluarga tak ramai. Mmg le boleh sedekah kat jiran2, tp kalau selalu muak juga.....
Alhamdulillah, dengan ini saya boleh smpn lebihan donat dan masak sekadar perlu saja.
Terima kasih.