Wednesday, July 2, 2008

Merangsang Rasa, Memikat Aroma


Siapa tidak suka makan? Sekurang-kurangnya seseorang itu makan untuk meneruskan hidupnya dengan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan. Terlebih makan pun sukar juga, penyakit pula datang tanpa dijemput. Itu baru bab makan.

Bagaimana dengan memasak? Makan mahu namun, memasak tidak mahu. Alasan yang paling popular adalah tidak tahu memasak, renyah, dan sebagainya. Maka budaya makan di restoran ataupun gerai menular di dalam masyarakat kita. Yang lebih malang lagi, banyak resepi dan rahsia memasak hilang bersama-sama dengan generasi terdahulu.

Dengan aspirasi ini, kami terbitkan blog ini dengan harapan kami dapat berkongsi segala rahsia, petua, pengalaman dan cerita-cerita yang berkaitan dengan masakan dan makanan.

Kami bukanlah pakar masakan mahupun makanan. Kami juga belajar daripada masa ke masa. Ada masanya masakan kami tidak menepati rasa, namun daripada kesilapan itulah kita harus belajar dalam menuju kesempurnaan.

Adalah menjadi harapan kami anda setia mengikuti blog ini. Dalam kebanjiran blog-blog resepi dan masakan, kami berharap blog Selera Malaya ini menjadi blog yang menjadi pilihan dan rujukan peminat makanan dan pengamal masakan.





Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma.

Azlina & Abahfateh

4 comments:

Anonymous said...

hoho. blog makan makan kee...

Pakdi
http://www.pakdi.net/my

abahfateh said...

kita ada kelainannya. more tradisional; kalau Puan Azlina yang tulis ler.

Abahfateh kurang pandai masak tradisional kecuali sambal goreng tempe.

http://abahfateh.blogspot.com

Anonymous said...

sekurang2 cita2 abahfateh nak jadi tukang masak dulu masih tak terpadam .. :)

ned

Anonymous said...

huh! citer lama ditimbulkan kembali... malunye...

abahfateh