Salah satu sunnah yang dianjurkan pada pagi 1 Syawal adalah menjamah sedikit makanan ataupun bersarapan. Hikmah di sebalik sunnah ini adalah untuk menandakan berakhirnya Ramadhan dan merayakan ketibaan Syawal serta sebagai tanda kejayaan melalui bulan Ramadhan yang mulia. Itulah antara sebabnya mengapa 1 Syawal diharamkan berpuasa.
Bercakap tentang juadah di pagi Ramadhan saya percaya kita semua mempunyai juadah kegemaran masing-masing seperti ketupat, lontong, kuah lode, rending dan sebagainya. Begitu juga saya, cukup bagi saya untuk ada lontong dan kuah lodeh serta sebarang masakan berkicap tidak kisahlah ayam atapun daging. Cuma nantikan sahajalah natijahnya, menjelang petang perut sudah sebu dan berulang-aliklah saya menemui Dr. Tan(das).
Mulai tahun ini saya sekeluarga akan menikmati hidangan pagi raya seperti berikut;
- Sup Tulang Lembu
- Sambal Kicap
- Nasi Himpit atau Nasi.
- Jika ada tambahan, kira bonuslah itu.
Tambahan pula untuk memasaknya mudah sahaja, sebelah malam cukup sekadar direbus tulang temulang itu esok pagi bumbunya perlu ditumis dan ditambah perisa. Moga-moga dengan persiapan seringkas ini akan dapat memenuhi tuntutan agama untuk mengisi malam raya dengan takbir dan amal-ibadah kepada Allah.
Pada hemat saya juga, kalau ingin merasa rendang, kuah kacang dan hidangan tradisi Melayu atau Jawa yang lain cukuplah dengan berziarah ke rumah saudara mara dan rakan taulan. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim dapat juga saya membantu mereka menghabiskan hidangan-hidangan tersebut. Apapun, ini semua terpulanglah kepada setiap individu samada bersedia untuk menukar tradisi sedia ada atau meneruskannya sahaja. Tepuk dada tanyalah selera.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas
Sunardi Maulan dan Azlina Ngatedene
1 comment:
As Salam As
masuk blog makan ni..terasa lapar jek la
Post a Comment