Friday, January 1, 2010

Salad Peria




Sudah lama rasanya saya tidak mengemaskini dan memasukkan resepi baru dalam blog ini. Pendek cerita, azam tak kuat membuatkan 'blog' ini tersadai. sempena tahun baru ini, saya berazam untuk sentiasa mengemaskini blog ini ( harap-harap bukan tinggal azam sahaja ). Apapun, selamat menyambut tahun baru Hijrah mahupun Masehi... Di sini saya ingin berkongsi resepi ringkas, sesuai untuk ibu-ibu yang dalam pantang. Hajat di hati mahu mengemaskini semasa saya dalam pantang, namun, keadaan tidak mengizinkan. Sangat ringkas resepi ini dan mampu disediakan oleh ibu berpantang sendiri. Selamat Mencuba

Bahan-bahannya :
• ¼ batang peria
• 20 biji lada hitam
• 1 biji bawang besar
• Garam secukup rasa

Cara-caranya :
• Hiris peria halus-halus dan rendamkan ke dalam air garam. Rendamkan sekurang-kurannya setengah jam. Toskan. Tujuan merendamkan dalam air garam adalah untuk mengurangkan rasa pahit peria.
• Hiriskan bawang besar nipis-nipis dan campurkan dengan peria.
• Tumbuk lada hitam separuh lumat, dan gaulkan dengan peria.
• Taburkan sedikit garam.
• Gaulkan hingga sebati.
• Sedia untuk dihidang.

Nota : salad ini sangat sesuai untuk makanan dalam pantang. Lada hitam memberikan ‘panas’ pada badan.

2 comments:

Fadzillah said...

kalau peria tu direbus sedikit boleh tak?

Fadzillah said...

hehe..siap sedia mengumpul menu2 utk dalam pantang nanti.. ^_*