Friday, August 8, 2008

Apam Pisang Coklat Urai



Sesekali hendak juga merasa hidangan yang lain.
Setelah puas membelek majalah Saji ( keluaran Ogos 2008 ) jumpa resepi yang agak mudah. Berikut resepi yang hendak saya kongsi bersama

Bahan-bahannya :
· 1 biji pisang berangan
· 2 biji telur
· 100ml minyak masak
· 100gm gula
· ½ sudu soda bikarbonat
· 80gm tepung gandum ( ayak )
· 1 sudu besar coklat urai


Cara-caranya :

· Kisar gula, minyak dan telur.
· Kemudian masukkan pula pisang dan kisar hingga halus
· Tuangkan adunan ke dalam bekas lain.
· Masukkan tepung yang telah di ayak dan soda bikarbonat tadi
· Kacau hingga sebati
· Setelah itu, masukkan coklat urai dan gaul hingga sebati lagi.
· Tuangkan adunan ke dalam acuan untuk dikukus dan kukus dalam masa 10 – 15 minit



Mudah kan? kalau ada pisang dah terlalu ranum, elok jangan dibuang. Gunakan untuk buat apam ini.



Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma

2 comments:

Anonymous said...

terus terang cakap, saya langsung tak pandai buat kueh muih.Tapi bila tgk ruangan ni nmpak mcm senang jek.

Anonymous said...

alhamdulillah, itulah yang kami inginkan.

kami dulupun pada tahap tak tahu apa-apa langsung. :)

abahfateh