Tuesday, August 12, 2008

Masak Lemak Nanas dengan Ikan Kurau Kering



Bahan-bahannya :
·
100 gm ikan kurau masin
· ½ biji nanas ( saiz kecil )
· 4 ulas bawang merah
· 2 ulas bawang putih
· 2 cm kunyit hidup
· 150 ml santan pekat ( dari ½ biji kelapa )
· 150 ml santan cair
· Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :

· Rebus nanas yang telah dipotong-potong dengan menggunakan santan cair hingga nanas menggeluarkan jus.

· Masukkan ikan kurau masin dan kacau seketika. Biarkan seketika sehingga ikan nampak lembut sedikit.

· Masukkan bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk. Biarkan seketika hingga sebati.

· Setelah itu, masukkan santan pekat dan kecilkan api.

· Seimbangkan rasa antara masin, manis dan masamnya. Oleh kerana ikan kering ni dah masin, sepatutnya tak perlulah tambah lagi garam. Cuma tambah sedikit gula agar naik rasa lemaknya. Sentiasa kacau santan agar tidak berketul jadinya ( pecah santan la tu namanya )

Pesanan :


Lebih enak kalau ditambahkan dengan cili padi.
Menu ni nak dimakan bersama anak-anak, maka tiada la ciliapi. Sekiranya anda mahu menambah ciliapi, rebus cili api yang telah ditumbuk dengan nanas tadi bagi memastikan cili masak. Kemudian, proses sama sepertimana yang dinyatakan di atas.


Cabaran untuk memasak lemak adalah memastikan santan tidak pecah. Oleh itu, lepas masukkan santan pekat, ( bagi yang kurang mahir ) kecilkan la api sekecil yang boleh. Kemudaian reneh la dengan api yang kecil sambil menegacau santan tersebut hingga agak-agak sudah masak.


Asam jawa/asam keping tak perlu letak kerana jus nanas sudah cukup masam. Kalau nanas terlebih rebus pun akan mengeluarkan jus yang masam amat. Jadi, rebus nanas agak-agak ia telah bertukar warna menjadi agak jernih, kemudian baru teruskan proses memasak.


Menurut Almarhumah ibu mertua saya, masak lemak ni lebih sediap kalau kita gunakan periuk tanah, rasanya lebih manis, asli dan menyihatkan. Memandangkan saya tidak mempunyainya, maka gunakan periuk yang ada sahaja.

Masak lemak ni tak leh la lawan masak lomak cili api Nogori Sembilan ... hehhe ni cuma masak yang ringkas aje... ;)

Selamat Merangsang Rasa, Memikat Aroma


6 comments:

Anonymous said...

pedas sungguh... meleleh peluh kat dahi...

apapun mungkin ada orang bagi 2/10 sahaja darjah kepedasan itu. (orang negori kot)

Anonymous said...

wa ingat, orang bangi, org sungai jelok, org btho semua datang sg sekamat tetiap minggu macam ni.. hehehe

paman
http://pakdi.my

Anonymous said...

wah...brtambah meriah resepi as yek..bagus...nnt rajin blh ceduk ilmu masakan

Anonymous said...

Salam

masak lomak nogori lagi sonang Lotak cili api dongan kunyit yo .. bawang2 tak yah .. Jimat. Tapi , santan kono pokat. yang polik tu, mak mertuo den masak , tak do sibuk kacau takut pocah minyak ke apo. Di biar kan yo .. dah mendidih, tutup api .. tapi , sodap yo ..:)

P.s : Sila baca dengan dialek pilah ..

Ned

Anonymous said...

tak tahulah... sedap je pulak tue.

abahfateh

Anonymous said...

pakdi...
kalau dah ramai2 mai, menu lain plak nanti yang keluar...

goldfish77..
hehhe.. ada la sikit2 n, sekadar belajar. tu la nasib dok diperantauan nie, semua kene buat sendiri kalau nak makan. dah ada tok guru yang nak ajo, apa lagi aku pun begurulah. teringat plak pesanan Bijan soh blajar masak hehhe... apa yang ada, bleh la kita kongsi bersama-sama. ko pun t.error masak gak kan :D


ned...
ooo cengitu ke masak lomak nogori? dah gitu caranya tok nenek dulu ajo kalo nak masak lomak. kalo pecah santan katanyer tak lulus ...

abahfateh....
sedap ek... sorry le tepodas.. org perlis yang boh cabai :D. nasib baik tak ter'korban'..